Ini merupakan percubaan aku yang kesekian kalinya untuk menterjemah buku daripada Bahasa Arab ke Bahasa Melayu. Buku pilihan ini bertajuk 'Aqd al-Jayyid fi Ahkam al-Ijtihad wa al-Taqlid, karya Maulana Imam Waliyullah bin Abd al-Rahim al-Dihlawi. Semoga Allah SWT memudahkan tujuanku yang murni ini dengan iringan keikhlasa kepadaNya dalam menterjemah kitab ini.
Pengenalan Kitab
Kitab ini dicetak oleh Dar al-Thaqafah al-Arabiyyah li al-Tiba'ah, Kaherah, Mesir tahun 1965. Buku ini merupakan salah satu siri buku-buku yang diterbitkan di bawah himpunan Silsilah al-Thaqafah al-Islamiyyah. Buku ini setebal 77 halaman dalam saiz yang sederhana. Selaku penterjemah, aku cuba menterjemah tanpa terikat dengan gaya dan uslub bahasa asal. Kerana menurut teori terjemahan, sebuah buku terjemahan yang baik adalah apabila dibaca tidak 'terhidu bau terjemahnnya'. Dalam waktu yang sama akan sentiasa memelihara maksud sebenar pengarang kitab. Setiap selesai helaian setiap muka surat diterjemahkan akan dicatit diakhirnya muka surat daripada buku asal seperti [m.s...] bagi memudahkan rujukan kitab asal dilakukan. WaLLahu al-Musta'an
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Muqaddimah
Risalah ini bertajuk Aqd al-Jaiyyid fi Ahkam al-Ijtihad wa al-Taqlid. Saya mengarang risalah ini adalah untuk memenuhi permintaan dalam kalangan teman-teman untuk diberi pencerahan berhubung perbahasan penting dalam topik tersebut.
[m.s 4&5]Hakikat Ijtihad
Menurut para ulama Ijtihad memberi maksud 'mencurahkan sepenuh tenaga untuk mengeluarkan hukum-hukum syarak dalam masalah furu'(cabang) menerusi dalil-dalil yang terperinci berasaskan sumber-sumber hukum yang empat iaitu, al-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qiyas'.
Daripada pernyataan ini ia boleh difahami bahawa ijtihad adalah sesuatu yang lebih luas daripada hanya sekadar curahan tenaga para ulama untuk mengetahui hukum yang telah diperkatakan ataupun tidak oleh para ulama silam dan sama ada ia disepakati ataupun tidak.
..bersambung..
No comments:
Post a Comment