Pertama kali melihat tajuk di kulit buku ini, aku tergambarkan watak spy yg diminati ramai 'James Bond'..buku ni pasti menarik, getus hatiku..Memang tak salah telahanku ini..Buku ini memang menarik. Ia mendedahkan fakta-fakta sejarah yang bagi aku banyak yang terselindung selama ini iaitu rupa-rupanya Malaysia@Tanah Melayu telah merakamkan kisah-kisah 'pengintaian' yang dilakukan oleh kuasa-kuasa besar dunia khususnya pada era Perang Dunia I & II. Kajian seputar perisi
Realiti yang tidak dapat dinafikan tema perisikan dalam perkembangan sejarah di Malaysia agak jarang dibahaskan oleh para sejarawan. Hingga ke hari ini kajian berhubung aspek ini masih dianggap nadir. Ramai orang mengetahui Tanah Melayu pernah jatuh ke tangan Jepun yang memaksa kuasa besar yang membentengi Tanah Melayu, British terpaksa akur akan kemaraan Jepun. Namun berapa ramai menyedari bahawa tunjang kejayaan tentera Jepun ini banyak dibatu oleh ejen perisikan Jepun atau dikenali senagai Kusaku, telah menyelinap masuk ke Tanah Melayu sejak penghujung abad ke 19 lagi.

Sejarah perisikan, penggunaan perisikan serta hal-hal yg berkaitan dunia perisikan spt penyuluhan, tipu helah, sabotaj, subversif mahupun propaganda dibincang di dalam buku ini. Paling ketara ketika sebelum, semasa dan selepas Jepun mendarat ke Malaya untuk menjajah..Rupa-rupanya orang Jepun telah mula bertapak di Malaya malah Asia Tenggara sejak penghujung abad ke 19 lagi. Mereka bergiat di pelbagai sektor ekonomi, seperti peniaga kedai runcit, aktiviti pertanian, nelayan, perlombongan, tukang gunting, doktor dan pelacur khususnya di Singapura . Meskipun tidak semua dalam kalangan menjadi ejen perisik yang sebenar tetapi mereka bergiat sebagai sleeper agent, yang bertindak sebagai penyalur maklumat disamping menjalankan kerja-kerja mereka.
Signifikan aktiviti perisikan Jepun di Tanah Melayu malah menjajar ke Tanah Sumatera menggamit pengarang buku ini menyentuh tentang isu ini dalam beberapa bab. Ini kerana banyak isu dan maklumat yang sangat penting amat perlu dianalisis secara mendalam. Seperti penglibatan Kesatuan Melayu Muda sebagai ejen dalam memberi kerjasama kepada menjayakan cita-cita Jepun menawan Tanah Melayu dengan propaganda dan janji yang mulus-mulus. Begitu juga usaha kosaku Jepun memperoleh maklumat dari sumber dalaman ketenteraan British dengan merekrut pegawai British sebagai 'ejen' Jepun dan bagaimana tindakan pihak British menghadapi perisikan Jepun.
Paparan buku ini tambah menarik apabila ia turut menyentuh aktiviti perisikan Parti Komunis Malaya dalam dunia perisikan di Tanah Melayu dan aktiviti penyuluhan Indonesia terhadap malaysia pada era konfrontasi. Banyak lagi paparan kisah risikan berkaitan negara kita ini yang pastinya menarik dalam buku ini dan ia sangat berbaloi dibaca oleh mereka yang berminat mengembangkan ufuk pengetahuannya. Justeru tidak hairanlah buku ini dibahagikan kepada 16 bab.

Aku kira penulis buku ini berjaya menarik minatku untuk terus menelaahnya yang setebal 478 halaman. Tahniah kepada penulis dalam usahanya mengembangkan skop kajian sejarah, yang boleh membebaskan tanggapan bahawa sejarah suatu kajian yang beku dengan kebiasaannya berkisar dalam hal-hal berkaitan politik !..Selamat membaca.!
No comments:
Post a Comment