Ramai orang menganggap, apabila sudah pandai membaca, seseorang bolehlah terus membaca apa sahaja buku yang dia mahu. Hakikatnya tanggapan ini wajar direnungi semula. Ramai yang boleh membaca tetapi berapa ramai yang mahu membaca. Ramai yang mahu dan punyai keinginan membaca buku tetapi tidak ramai yang mampu memahami isi buku seterusnya menghabiskan buku yang dibaca. Tidak dinafikan adakalanya keinginan membaca sesebuah buku amat tinggi, apabila membaca, isi buku pula sukar difahami meskipun keinginan mengetahui kandungan buku amat tinggi; cuba lagi..cuba lagi..akhirnya timbul perasaan bosan..akhirnya buku diketepikan..
Apakah punca kebosanan ini? Jawabnya, kerana membaca tapi tak faham. Kenapa jadi tak faham, jawabnya kerana membaca tidak mengikut kaedah. Almarhum Tan Sri A. Samad Ismail pernah menyebut, akibat membaca tanpa panduan dan kaedah minatnya untuk mendalami bidang undang-undang menjadi pudar beransur-ansur meskipun semangat amat membara pada mulanya. Sebenarnya membaca perlukan motivasi dan mengikut kaedah, jika tidak kita mudah penat, lelah, bosan, buntu dan akhirnya merugikan masa.
Aku teringat waktu sedang menuntut di Kaherah, salah seorang guru kami Sheikh Imad Iffat (semoga Allah merahmati ruhnya) menyebut, "..ketika kita bertalaqqi kitab ini (kitab Fiqh Syafie, Hasyiah al-Bajuri) , ambillah perhatian bagaimana saya membaca tiap-tiap baris ayat dalam kitab ini. Ia sangat penting kerana ia panduan untuk anda semua. Tempoh kamu semua belajar di al-Azhar tidak lama. Untuk habiskan kitab ini memakan masa yang agak lama. Justeru apa yang penting kamu mengetahui selok belok cara membaca dan menelaah kitab turath/klasik ini untuk permulaan ini, selepas itu kamu akan mampu membaca baki perbicaraan kitab ini dan mampu membuka kitab-kitab yang lain pula".
Apa yang boleh difahami daripada ingatan Sheikh Imad itu, para penuntut perlu mengetahui kaedah membaca kitab terutama kitab-kitab turath. Inilah tradisi ilmu Islam sehingga tercetus kata-kata orang bijak pandai, 'sesiapa yang membaca buku tanpa berguru maka Iblislah gurunya'. Ungkapan ini jangan disalah ertikan sebagai penghalang kepada budaya membaca dan mengkaji secara sendirian. Mesej yang ingin dilontarkan adalah, bergurulah dalam menekuni buku pelajaran dalam menuntut ilmu kerana guru akan membimbing memahami ilmu menerusi buku yang dipelajari.
Justeru sebelum membaca dapatkan bimbingan. Dengan bimbingan kita akan dimotivasikan dan ditunjuki kaedah untuk membaca. Motivasi membaca penting sebagai peledak keinginan membaca. Slogan-slogan 'membaca jambatan ilmu, membaca penyuluh, bangsa membaca bangsa yang berjaya' tidak sepatutnya menghiasi dinding-dinding pusat sumber sekolah semata-mata. Ia perlu dihayati dan dimaknakan dalam diri kita sebagai motivasi untuk membaca.
Membaca buku seumpama kita menikmati makanan. Ada yang hanya perlu ditelan, ada yang perlu dikemam atau dikunyah hingga hancur barulah ditelan. Hal ini seperti apa yang diungkapkan oleh Francis Bacon, "ada buku untuk dinikmati, yang lain untuk ditelan, dan sebahagiannya untuk dikunyah dan dicernakan".
Membaca adalah kemahiran yang sangat diperlukan dalam pembelajaran seseorang. Membaca seumpama tiang seri dalam pembelajaran. Tanpa tiang yang kukuh besar kemungkinan proses pembelajaran akan mudah patah di tengah jalan dan tidak bertahan lama. Kaedah-kaedah pembacaan seperti pembacaan luncuran, pembacaan imbasan, pembacaan teliti, pembacaan teliti dan kritis perlu digarap sebaiknya bagi membolehkan kita menyesuaikan diri dengan pelbagai bahan bacaan dan suasana. Pastinya membaca buku-buku falsafah dan ilmiah tidak seperti membaca surat khabar, majalah hiburan atau novel cinta. Membaca buku yang serius yang memerlukan penelitian dan analisis mungkin tidak sesuai dibaca ketika berada di kawasan lalu lalang orang ramai yang hingar bingar dengan hon kereta dan bunyi alunan muzik yang bingit.
Dapatkan motivasi dan pelajarilah kaedah dan teknik membaca. Pastinya tabiat membaca kita akan jadi lebih menarik dan bermakna. Kata-kata Tan Sri A. Samad Ismail mengakhiri coretanku ini, "..begitu bertuah sekali generasi sekarang kerana menerima bimbingan mengenai kaedah membaca".

No comments:
Post a Comment